I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 15 March 2011

EMPAT ORANG ISTERI

Suatu ketika, ada seorang pedagang yang mempunyai 4 orang isteri. Dia mencintai isteri yang ke-4 kerana diantara semua isterinya, isteri ke-4 lah yang ter cantik. Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ke-3. Dia sering berusaha untuk memperkenalkan isterinya yang ke-4 ini kepada semua teman. Begitu juga dengan isterinya yang ke-2. Dia adalah isteri yang penyabar dan penuh pengertian. Pedagang selalu meminta pandangan isterinya yang ke-2. Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan dalam kehidupan keluarga pedagang. Akan tetapi pedagang tak begitu mencintainya. Walaupun isterinya yang pertama begitu sayang kepadanya, namun pedagang tak begitu mempedulikannya.

Suatu hari, pedagang sakit dan merasakan sudah sampai saatnya untuk meninggalkan dunia serta kehidupannya. Lalu, dia memanggil semua isterinya dan mula bertanya kepada isteri ke-4nya, "kaulah yang paling ku cintai, kuberi kemewahan dan perhiasan yang indah. Tak lama lagi aku akan mati, mahukah kau mendampingi dan menemaniku?". Isteri ke-4 terdiam. "tentu saja tak!" jawab isterinya yang ke-4 dan pergi begitu sahaja.

Lalu, pedagang itupun bertanya soalan yang sama kepada isterinya yang ke-3. Isterinya yang ke-3 menjawab, "hidup begitu indah disini. Aku akan menikah lagi, jika kau mati". Pedagang terpukul dengan jawapan isteri ke-3 nya.

"aku selalu mengadu padamu setiap kali menghadapi masalah. Kini, aku sekali lagi perlu pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau mengikutku?" tanya pedagang kepada isteri ke-2. Si isteri menjawab perlahan, "maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang lahad sahaja." Si pedagang kini berputus asa.

Tiba-tiba terdengar satu suara, "aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut kemana pun kau pergi." Pedagang menoleh ke arah suara tersebut dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isterinya itu tampak begitu kurus. "kalau sahaja aku mampu melayanmu dengan lebih baik pada saat aku mampu, tak akan aku biarkan kau seperti ini..." kata pedagang dengan linangan air mata penyesalan.

Sesungguhnya apa yang dialami pedagang sama dengan apa yang kita lalui. Kita punya 4 isteri dalam hidup ini:-
ISTERI KE-4 :- adalah tubuh kita. Banyak waktu kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak cantik dan gagah. Ia akan pergi begitu saja apabila kita meninggal.
ISTERI KE-3 :- adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semua akan berpindah kepada orang lain. Waktu beredar, mereka akan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KE-2 :- adalah sahabat dan teman-teman. Seberapa dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai dikubur sahaja mereka akan menemani kita.
ISTERI PERTAMA :- adalah jiwa dan amalan kita. Kita sering mengabaikannya dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan. Namun sebenarnya, hanya jiwa dan amal saja yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemana pun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment